Header Ads

Selalu Bergambar Bersama, Laudya Cynthia Bella Dan Erra Fazira Jadi Bualan


Kalau perasan, kebelakangan ini Laudya Cynthia Bella kerap memuat naik gambarnya dengan Erra Fazira.

Kedua-duanya memang nampak mesra sekali, terutama bila sama-sama melayan karenah puteri kesayangan, Engku Aleesya.

Hubungan baik yang terjalin ini sekaligus menjadi bualan netizen dan macam biasa pasti ada pihak yang sering bermulut jahat.

Ada yang mengatakan mereka tidak selesa melihat hubungan rapat Bella bersam Erra. Ada juga yang berani kata Bella seperti tidak sensitif kerana sering berkongsi gambar dengan Engku Aleesya tanpa memikirkan perasaan Erra.

Namun ramai yang memuji-muji dengan menggelar mereka sebagai "The Next Abby Abadi and Norman Hakim."

Mengulas mengenainya, Bella berkata yang hubungannya dengan Erra adalah seperti adik dan kakak.

“Hubungan kami bagai adik dan kakak. Lagipun, Erra adalah emak Aleesya dan dia juga memanggil saya Bunda.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya punya teman untuk saling berkongsi cerita mengenai apa saja. Itu yang membuat kami semakin rapat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kami doakan agar ukhuwah yang terjalin antara mereka kekal selamanya.

No comments

Powered by Blogger.