Header Ads

Aksi 'Panas' Wak Doyok Dengan Kekasih Hati Buat Netizen Naik Angin


Nama Wak Doyok memang tidak asing lagi sebagai ikon fesyen Malaysia yang diminati ramai. Di IG Wak Doyok sahaja sudah mencecah 1.7 juta pengikut. 

Wak Doyok bukan saja berjaya menempa nama dalam bidang fesyen malah Wak Doyok juga dilihat sebagai seorang usahawan yang berjaya dalam bidang yang diceburinya. 

Baru-baru ini, Wak Doyok telah menyambut hari jadinya bersama-sama insan istimewa yang terbang dari Jakarta. Rata-rata peminat menganggap wanita itu merupakan kekasih hati Wak Doyok. Gadis bernama Malika Askarove ini difahamkan seorang model yang terkenal. Memang power la Wak!

Namun, apa yang mengejutkan netizen ialah tindakan wanita tersebut yang dilihat ingin berkongsi kebahagiaan dengan mencium pipi Wak Doyok! 

Video tersebut menjadi viral dan ramai yang mengecam tindakan yang dianggap agak keterlaluan. "Makasi sayang @ask.malika udah susah2 datang KL dari Jakarta mau celebrate birthday aku. Oh ya makasi cake duriannya ya. tau aja kamu aku hantu durian" tulis Wak dalam posting tersebut. 

Namun tindakan itu nyata mengundang kecaman dari netizen. Ramai yang terkejut dan menasihati Wak perbuatan tersebut tidak manis dan sebagai ikon anak muda, ianya mungkin mempengaruhi anak muda yang masih bersekolah. 

Apa pun kita tunggu apakah penjelasan Wak mengenai perkara itu. Jom tengok video yang dikongsi oleh Wak melalui akaun IGnya dibawah. 

No comments

Powered by Blogger.